Projek geoDRR – Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana dibiayai oleh Program Erasmus+ Kesatuan Eropah. Projek ini mempunyai objektif utama sesama IPT Negara Rakan terhadap keupayaan dalam mengembangkan dan menyampaikan program akademik berkualiti tinggi dalam pengkhususan yang dapat mempersiapkan para saintis dan profesional muda untuk memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang berlaku dalam masyarakat, dengan memfokuskan kepada masalah-masalah perubahan iklim, terutamanya kerentanan risiko bencana.

Seperti yang ditetapkan, impak perubahan iklim adalah terhadap kekerapan dan intensiti bencana yang berkaitan dengan cuaca, manakala pengurangan daya ketahanan akan meningkatkan kerentanan dalam semua jenis bencana alam. Pengurangan risiko bencana dapat menyumbang kepada penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim, terutamanya negara-negara di Asia Tenggara yang merupakan antara kawasan yang paling rentan terhadap perubahan iklim.
 

Objektif

Projek ini melihat kepada aspek-aspek khusus yang berkaitan dengan tujuan keseluruhan, melalui pemetaan umum dengan pembahagian objektif yang lebih kecil dan mudah dicapai:
Untuk membangunkan kapasiti staf akademik, pentadbiran, dan staf teknikal sesama IPT Negara Rakan untuk mengembangkan dan menyampaikan program Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana" secara berkesan.
Untuk membantu generasi saintis muda agar dapat menilai kerentanan dan risiko menerusi penggunaan geomatik, serta menyumbang dalam membangunkan komuniti yang berdaya tahan dengan perancangan terperinci dan pemetaan risiko bencana, potensi impak, tindakan mitigasi dan bantuan yang bersesuaian,
Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat dan siap siaga pihak berwajib terhadap pengurangan risiko bencana melalui penglibatan polisi berstruktur yang menangani pencegahan,
Untuk membentuk jaringan antara ahli akademik dan pasaran buruh, terutamanya profesional masa depan yang lengkap dengan semua kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam keadaan yang sentiasa berubah.

Aktiviti

Pembangunan Kurikulum MSc dalam tempoh projek geoDRR akan dimulakan dengan fasa persiapan ringkas, di mana semua IPT Negara Rakan akan bertindak dalam mengenal pasti:

a. keperluan akademik dalam kalangan staf dan pelajar,
b. spesifikasi makmal-makmal,
c. keperluan untuk pengakreditasian rasmi MSc.

Di samping itu, IPT Negara Rakan akan membangunkan kurikulum MSc, sukatan pelajaran dan semakan akhir keseluruhan tindakan yang perlu diambil untuk penubuhan makmal di institusi masing-masing; malah negara rakan program ini akan membangunkan dan melancarkan Pembelajaran Persekitaran Maya (VLE) "GIS untuk DRR"; serta penerangan kandungannya kepada staf dan pelajar. Kurikulum tersebut melibatkan 12 buah kursus termasuk tesis MSc, yang bersepadanan kepada 120 unit ECTS.

Ketika pelaksanaan projek ini, aktiviti peningkatan keupayaan untuk staf akademik, staf pentadbiran dan staf teknikal IPT Rakan Kongsi akan direalisasikan. Aktiviti-aktiviti akan merangkumi:

a. tiga kali Lawatan Kajian Pendidikan kemudahan Program IPT Negara Rakan untuk meneliti aspek teoritikal dan praktikal pengajaran geomatik; dan pengenalan kepada kaedah pengajaran dan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan generasi saintis baharu.
b. tiga buah latihan di IPT Negara Rakan oleh IPT Negara Program yang akan merangkumi, antara lain, latihan amali di makmal yang baru ditubuhkan, latihan teoritikal berkenaan topik yang dirangkumkan dalam MSc dan pembiasaan dengan penggunaan alat-alat digital.

Bahagian terakhir dalam fasa pembangunan ini merangkumi pengakreditasian, penghasilan dan penilaian sementara MSc dalam IPT Negara Rakan.

Catatan Terkini

Lihat berita terkini kami