University of Alicante – UA (Spain)

 
University of Alicante (UA) ditubuhkan pada tahun 1979. Sebagai salah satu universiti termuda di Sepanyol, UA juga dianggap antara paling inovatif dan paling pesat membangun di Sepanyol. Lebih 25,000 orang pelajar kebangsaan & 2,500 orang pelajar antarabangsa mendaftar di 7 buah Fakulti yang menawarkan lebih daripada 50 program ijazah dalam semua bidang pengajian. UA menguruskan lebih daripada 2,000 orang kakitangan akademik dan 1,300 orang staf pentadbiran. Universiti ini mempunyai 58 buah jabatan, 136 buah kumpulan penyelidikan dan 18 buah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian, yang membolehkan ianya membangun sebagai salah sebuah universiti dengan aktiviti penyelidikan bereputasi tinggi dalam negara. UA juga sangat aktif dalam konteks kerjasama antarabangsa dan latihan staf pengurusan universiti untuk membantu pengintegrasian negara-negara dalam peralihan dan membangunkan status dan jaringan antarabangsa sesama mereka. Jabatan Fizik Gunaan dibentuk dari gabungan empat bidang pengetahuan, yang menggabungkan sebahagian besar mata pelajaran dalam Fizik: Astronomi dan Astrofizik, Fizik Gunaan, Fizik Jirim Pekat dan Fizik Bumi. Jabatan ini bertanggungjawab untuk subjek yang berkaitan dengan fizik dalam kebanyakan Ijazah pertama dan Ijazah Sarjana. Staf jabatan mengajar peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Geologi, Optik, Matematik, Sains Marin sesama lain dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Geologi, Pengurusan Risiko dan Perancangan, Sains Bahan dan Nanoteknologi. Jabatan ini mempunyai makmal sendiri yang khusus dalam pengiraan dan pemodelan berangka.