Penilaian Keperluan - Menetapkan Rangka Kerja
Pakej kerja pertama tertumpu kepada identifikasi keperluan dan pilihan dalam empat aktiviti yang signifikan terhadap peringkat pelaksanaan secara efektif: penglibatan ahli akademik, penubuhan makmal, proses akreditasi dan identifikasi pihak berkepentingan. Hasil tinjauan dan analisis yang akan dilakukan sesama Negara-negara Rakan Kongsi akan menyumbang kepada pembangunan hasil terpenting dari Projek, iaitu Kurikulum Sarjana Sains, Persekitaran Pembelajaran Maya dan Makmal. Lawatan dan latihan sambil belajar akan menyumbang menerusi tematik dari sudut keperluan yang ditunjukkan oleh staf akademik, staf pentadbiran dan staf teknikal.
Aktiviti:
1. Penilaian terhadap Keperluan Akademik2. Spesifikasi untuk Makmal dan Proses Akreditasi
3. Identifikasi Pihak Berkepentingan
Penghasilan:
1.1 Tinjauan terhadap Keperluan Akademik dalam kalangan IPT Negara Rakan1.2 Spesifikasi untuk Infrastruktur Makmal
1.3 Analisis Keperluan terhadap Keperluan dan Proses Akreditasi
1.4 Identifikasi dan Analisis Pihak Berkepentingan
Pembangunan Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana"
Pakej Kerja ini mengandungi semua aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sebenar Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana" oleh IPT Negara Rakan, dalam kerjasama erat dengan rakan-rakan EU. Penawaran Sarjana Sains akan merangkumi pengajaran teoritikal, kerja makmal dan jam pembelajaran kendiri, di mana semuanya akan dilaksanakan dengan eksploitasi output utama dari Projek, iaitu Kurikulum, VLE dan kandungannya, dan kelengkapan peralatan makmal "GIS untuk DRR”.
Aktiviti:
1. Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana"2. Persekitaran Pembelajaran Maya "GIS untuk DRR" (VLE)
3. Makmal "GIS untuk DRR"
Penghasilan:
2.1 Pembangunan Kurikulum Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana"2.2 Pengembangan Kandungan untuk Persekitaran Pembelajaran Maya "GIS untuk DRR" (VLE)
2.3 Pembangunan Persekitaran Pembelajaran Maya "GIS untuk DRR" (VLE)
2.4 Penubuhan Makmal "GIS untuk DRR"
2.5 Pembangunan Sukatan Pelajaran untuk Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana"
Akreditasi dan Penawaran Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana" dalam kalangan IPT Negara Rakan Kongsi
Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana" akan diakreditasi dalam kalangan semua IPT Negara Rakan dan penawaran akan bermula pada tahun akademik 2022-2023. Latihan penilaian termasuk semua pihak yang terlibat akan dijalankan untuk memberi input kepada penambahbaikan Sarjana Sains dan kaedah serta pendekatan yang digunakan. Memandangkan garis masa ketat yang diberikan terhadap aktiviti dan kepentingan penghasilan dari Pakej Kerja ini, rakan kongsi akan memastikan untuk memenuhi penghasilan Pakej Kerja 1, 2, dan 4, memanfaatkan keupayaan terhadap pencapaian jadual Projek mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
Aktiviti:
1. Pentauliahan Sarjana Sains2. Penawaran Sarjana Sains
3. Penilaian dan Penawaran Sarjana Sains
Penghasilan:
3.1 Kerja Pentadbiran terhadap Akreditasi Rasmi Sarjana Sains3.2 Penawaran Sarjana Sains dalam "Geomatik untuk Pengurangan Risiko Bencana"
3.3 Laporan Penilaian Interim terhadap Penawaran Sarjana Sains
Pembangunan Keupayaan untuk Staf Akademik, Staf Pentadbiran dan Staf Teknikal
Pakej Kerja ini menumpukan kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi staf IPT Negara Rakan (akademik, pentadbiran dan teknikal) untuk menawarkan Sarjana Sains berkualiti tinggi yang akan dibangunkan dalam rangka kerja Projek.
Aktiviti:
1. Panduan Penyampaian MSc2. Aktiviti Pembangunan Keupayaan
Penghasilan:
4.1 Panduan Penyampaian Sarjana Sains4.2 Latihan Staf Akademik, Staf Pentadbiran dan Staf Teknikal
4.3 Lawatan Kajian Pendidikan
Pemantauan dan Penilaian Jaminan Kualiti
Pakej Kerja Pemantauan dan Penilaian Jaminan Kualiti akan menyediakan semua keperluan kaedah, peralatan dan proses yang yang akan digunakan menerusi rakan kongsi untuk memastikan bukan hanya kualiti hasil Projek yang tinggi dihasilkan, tetapi juga kelestarian dan eksploitasi hasilnya.
Aktiviti:
1. Pelan Jaminan Kualiti (QAP)2. Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan Jawatankuasa Kualiti Kurikulum
3. Pemantauan dan pelaporan berterusan
Penghasilan:
5.1 Pelan Jaminan Kualiti (QAP)5.2 Pelantikan Lembaga Jaminan Kualiti (QAB) dan Jawatankuasa Kualiti Kurikulum (CQC)
5.3 Latihan Penilaian Berkala
5.4 Laporan Jaminan Kualiti (QAR)
5.5 Laporan Akhir Jaminan Kualiti (QAR)
Penyebaran dan Eksploitasi
Pakej Kerja ini akan melengkapkan rakan kongsi dengan semua input yang diperlukan untuk melaksanakan strategi penyebaran dan eksploitasi yang berkesan serta bermakna yang akan memastikan kelestarian kepada Projek. Pelan terperinci mengenai penyebaran dan eksploitasi akan dijelaskan pada bulan pertama pelaksanaannya, manakala pengemaskinian dan penyesuaian pelan akan merujuk pada hasil pengenalan pihak berkepentingan dan keperluan / pilihan mereka.
Aktiviti:
1. Perancangan Penyebaran dan Peralatan Utama2. Program Penyebaran
3. Eksploitasi dan Kelestarian
Penghasilan:
6.1 Pelan Penyebaran6.2 Bahan Penyebaran dan ID Visual Projek
        a. Brosur
        b. Poster
        c. Sepanduk
        d. Dua video
6.3 Laman Web Projek dan Media Sosial
6.4 Program Meningkatkan Kesedaran
6.5 Bengkel Pendidikan
6.6 Program Rangkaian
6.7 Persidangan Akhir
6.8 Pelan Eksploitasi dan Kelestarian
Pengurusan dan Penyelarasan
Pengurusan dan Penyelarasan Projek akan dilakukan berasaskan pendekatan libat sama, di mana Lembaga Pengelola, pemimpin WP, dan semua organisasi rakan kongsi memikul tanggungjawab sesuai dengan peranan mereka dan di bawah pengawasan Koordinator secara berpusat.
Aktiviti:
1. Perjanjian Konsortium2. Mesyuarat Projek Transnasional
3. Penyelarasan, Pengurusan dan Komunikasi Konsortium
Penghasilan:
7.1 Perjanjian Konsortium7.2 Pengurusan dan Penyelarasan Konsortium
7.3 Mesyuarat Projek Transnasional
7.4 Platform Penyelarasan dan Komunikasi