National University of Battambang – NUBB (Cambodia)

 
NUBB adalah sebuah universiti awam Kemboja, yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar, terutamanya di bahagian barat laut Kemboja, untuk mendapat akses kepada perkhidmatan pendidikan tinggi untuk mengembangkan kerjaya masing-masing dan juga untuk masyarakat setempat, serta mengurangkan jurang pengetahuan antara luar bandar dan bandar. UBB menetapkan matlamat untuk mendidik kepimpinan hari esok dalam pelbagai bidang menerusi keseimbangan teori dan pratikal. UBB bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat dan universiti konsortium serantau serta dunia. UBB memiliki lima fakulti dan Institut meliputi: (1) Fakulti Pentadbiran Perniagaan dan Pelancongan, (2) Fakulti Pertanian dan Pemprosesan Makanan, (3) Fakulti Sosiologi dan Pembangunan Masyarakat, (4) Fakulti Seni, Kemanusiaan, dan Pendidikan, (5) Sains dan Teknologi dan (6) Institut Bahasa Asing.